25 Ogos 2008

AMELINA.........CATATAN 2




Satu hari AMELINA dipanggil untuk sign kontrak dengan Warner Music sambil berkenalan dengan staff bahagian Melayu. Biasalah...baru nak jadi artis, malu-malu kucing! Saya pasti AMELINA masih ingat lagi kata-kata saya yang saya luahkan di depan Zaini Nordin ketika itu......"Esok bila kau dah popular, muka abang ni pun kau ludah!"
"Eh....tak adalah bang!" kata AMELINA. Zaini hanya ketawa. "Kita sama-sama tengok jelah nanti Lan", sampuk Zaini.
Tak disangka-sangka.....budak berwajah cina tu meletup sakan! Hari-hari radio dok main lagu dia. Album yang dulu semua syarikat rekod tak layan.....tiba-tiba pecah rekod jualan! Mencecah jualan di atas 100 ribu kaset. Dan AMELINA mulai dari hari itu, mulai sibuk dengan show. Dulu dia kerja kilang.....sekarang dah jadi penyanyi popular! Siapa sangka tuah badan! Sebulan dia boleh kaut duit RM30ribu hingga RM40ribu dari show. Apataknya.....satu show saya charge RM3ribu ke RM4ribu. Sebulan dia boleh dapat 10 show. Budak yang dulu hidup ala kadarnya, tiba-tiba jadi kaya!!!
Alhamdulillah....itu rezeki dia. Album pertama....Rindu Ah Ah Ah, terjual hampir 200ribu copy. Album kedua....Syik Ayik Asyik, juga terjual hampir 200ribu copy. Album ketiga....Cinta Oh Cinta, mula merosot tetapi terjual 100ribu copy. Waktu itu, ada orang mulai 'kacau' AMELINA. Ada orang 'pekenakan' AMELINA. Dia mula lupa diri. Dia dah jadi angau. Duit banyak! Kaki cucuk pun banyaklah juga! Sampaikan dia sanggup keluarkan duit belikan kereta untuk seorang lelaki yang dicintainya (al kisahlah...kononnya tu) Lama kelamaan.......habislah harta AMELINA. Hubungan Amelina dengan lelaki ini tidak panjang, dia beralih pula ke seorang lelaki lain. Keluar mulut buaya, masuk pula ke mulut naga! Kononnya kekasih baru ni orang kaya.....heheheeeee. Tahu-tahu, habukpun tak ada. Cakap besar dan berlagak je! Ada member beritahu, tukang tarik kereta je!!! Amelina mempunyai tabiat yang aneh! Dia suka 'bercinta' dengan suami orang. Dia tidak suka lelaki bujang. Dari pertama kali saya jumpa dia pada tahun 1994, Amelina dah buat hubungan dengan suami orang. Semua boyfriend dia suami orang.....!!! Termasuk affair dia dengan IWAN (pun suami orang).
Selepas album ketiga yang berjudul 'Cinta Oh Cinta'....Amelina hilang entah ke mana. Dengar cerita dia kahwin 'cowboy' kat Siam (pun dengan suami orang jugak!). Sampai sekarang Amelina terus hilang dari persada muzik tanahair. Ada ramai teman-teman saya bertanya: Mana pergi Amelina? Saya jawab senang je: Entah....dah bertahun-tahun saya tak pernah jumpa atau terserempak dengan dia. Saya hanya penerbit album dia sahaja, tak lebih dari itu.
Dari akhbar dan sumber berita lain - saya dengar hubungan Amelina dengan orang tuanya tidak seindah sewaktu dia belum bergelar isteri orang. Amelina langsung tidak dibenarkan menjenguk kedua orang tuanya! MasyaAllah......dahsyatnya. Dalam hati kecil saya......kalaulah sejarah boleh diputar-balikkan, saya tak akan ambil Amelina jadi recording artis! Biarlah dia hidup aman damai dengan kedua orang tuanya!

1 ulasan:

Unknown berkata...

kenapa tergerak hati..ingin melihat wajah amelina hari ini.pada tahun 1997 seingat saya,waktu itu saya masih belajar dalam ting 4.Peluang melihat aksi gelek Amelina di konsert funfair di kampung(di pahang).Wajah yang cantik dan rambut yang halus puji saya apabila melihatnya diatas pentas.Dan waktu itu saya selalu memujanya.suara yang lunak hinggakan kedai makan bersebelahan kedai abah saya 24 jam memutarkan lagunya.Kontroversi datang silih berganti,dan usia saya yang makin meningkat membuatkan saya..semakin kurang berminat.bila saya bca catatan ini, betapa sukarnya menjadi seorang yang bernama Amelina.Baru ini dia muncul di hari pengkebumian ayah nya. Tapi apakan daya , pertemuan ini bukan lagi satu pertemuan kerna ayah nya sudah pun tiada.Hidup itu dia yang memilihnya dan dia yang inginkan hidupnya dilalui begitu.