20 Ogos 2008

BISNES RINGTONES......UNTUNG SAKAN!!!



Sememangnya hari ini bisnes muzik menjunam jatuh dengan cukup tajam. Di kedai-kedai kaset dan CD, penjualan album tidak laku lagi sebagaimana tahun-tahun yang lalu. Kalau ada orang kaya yang masih mahu bertahan menjual kaset dan CD melalui kedai-kedai kaset, saya nasihatkan supaya mereka 'lupakanlah..............' . Lebih baik buat bisnes lain.
Tapi........jangan cepat patah semangat untuk mengaut kekayaan melalui bisnes muzik ini. Dari fakta yang saya perolehi, album 'My Heart' (original sound track filem My Heart), pendapatan yang diperolehi dari RBT (Ring Back Tone) mencecah RM1.3 juta! Wow.............sapa kata bisnes muzik tidak menguntungkan!
Memang di kedai-kedai kaset tak boleh jual tetapi RBT mencapai tahap yang cukup memberangsangkan. Kos rakaman album hanyalah sekitar RM30,000 sahaja. Dan pulangan yang akan diperolehi boleh mencecah RM1juta. Maka, saya menyeru dan menyarankan supaya anda berbisnes muzik dengan menyelusuri kaedah bisnes semasa iaitu RBT melalui telko yang sedia ada seperti Maxis, DiGi dan Celcom. Gunakanlah teknologi yang ada untuk berbisnes muzik!

Tiada ulasan: