24 Ogos 2008

BISNES MUZIK...JANGAN KENA TIPU



Sebelum berbisnes muzik, hendaklah kita ambil tahu dulu ruang lingkup bisnes ini. Jangan hanya kerana kita ada duit banyak, kita serahkan bulat-bulat kepada orang lain. Hujung-hujungnya......bergaduh tak tentu pasal. Duit lebur ke mana, kawan hilang entah ke mana! Ramai yang saya dengar cerita orang yang hendak buat bisnes ini kena tipu. Bukan sikit tuh.....malah ada yang cecah sampai ratusan ribu ringgit hanya nak siapkan satu album saja. Mak datok......padahal nak siapkan satu album, ianya ambil bajet sejumlah RM20ribu ke RM30ribu je. Lainlah halnya kalau gunakan penerbit yang mata duitan.....ada yang cecah sampai RM60ribu untuk satu album.

Dan yang paling kelakarnya, ada seorang penyanyi baru, dek kerana dia ada duit banyak, dia kena tipu oleh seorang kaki loyar buruk.....pompuan pulak tuh. Rakaman album plus shooting video klip kena charge sampai RM100ribu. Heheheeee.....bodohnya penyanyi tu. Kena tipu oleh pompuan tu. Padahal pompuan tu bukannya ada nama pun dalam industri muzik ni.....

Tiada ulasan: