06 November 2008

PENERBIT DRAMA 'CURI' LAGU

Saya sempat juga meluangkan masa menonton drama Tain 3T ini minggu lalu. Saya terkejut besar apabila mendengar lagu saya dijadikan lagu latar ketika adegan di sebuah kelab dangdut. Cinta 100% nyanyian Mas Idayu. Keesokan harinya saya menghubungi pengarah/penerbitnya iaitu sdr. Jinggo bertanyakan dari mana dia dapat kebenaran menggunakan lagu tersebut. Sdr Jinggo juga terkejut kerana sangkanya, segala urusan yang diserahkan kepada production managernya, disangka telah diuruskan 'dengan baik'. Tak lama kemudian Production Managernya telah menghubungi saya.
Dari perbualan saya dengan Production Manager itu, saya dapati dia telah 'mencuri' lagu tersebut tanpa adanya izin daripada pihak berwajib. Katanya dia telah 'mendapat keizinan' daripada penyanyi lagu tersebut iaitu Mas Idayu! Nampaknya Production Manager ini tidak tahu buat kerja! Tak tahu undang-undang hakcipta lagu.
Saya bagitahu dia, sesebuah lagu melibatkan 2 pihak. Pihak pertama ialah 'sound recording' iaitu tuanpunya master recording tersebut dan pihak kedua ialah publishing house yang menguruskan hakcipta lagu tersebut. Dalam drama Tain T3, penerbit drama tersebut telah 'mencuri' hak 2 pihak iaitu tuan punya master recording lagu tersebut dan juga 'mencuri' publishing house.
Saya perhatikan banyak drama-drama yang disiarkan di TV baik di RTM, TV3 atau juga di Astro, soal 'mencuri' lagu orang biasanya 'terlepas pandang' dan tidak dipertitik-beratkan. Saya inginlah mencadangkan kepada semua penyiar TV iaitu RTM, Media Prima dan juga Astro supaya mendapatkan surat kebenaran siaran lagu dikepilkan bersama oleh penerbit drama semasa menghantar drama tersebut untuk disiarkan. Maksud saya, sekiranya sesebuah drama menggunakan lagu 'Mahligai Syahdu' (sekadar contoh) nyanyian sdr Hattan. Maka stesyen TV hendaklah meminta penerbit drama menyertakan bersama surat izin daripada Ruslan Mamat Productions Sdn Bhd selaku tuan punya sound recording lagu tersebut dan surat izin daripada publishing house lagu tersebut iaitu Warner Chappell. Dengan adanya kedua-dua surat izin tersebut, barulah drama tersebut diluluskan untuk siaran. Selagi surat izin tersebut tidak diperolehi, maka drama tersebut jangan disiarkan!
Berbalik kepada drama Tain T3, lagu 'Cinta 100%' telah disiarkan tanpa kebenaran 2 pihak. Ini bermakna kedua-dua pihak berhak mengambil jalan menyaman JS Pictures. Bukankah ini kes naiya tak tentu pasal gara-gara kebodohan Production Manager tadi. Makanya, sesebuah produksi drama hendaklah mengambil tenaga kerja yang betul-betul tahu dan berilmu dalam segala urusan. Sekiranya kena saman, siapa yang kena saman? Taukeh yang kena saman, bukannya Production Manager!