30 November 2008

BESAR SANGATKAH NAMA ASHRAF SINCLAIR & BUNGA CITRA LESTARI!!!

HARI ini 30hb November, 2008. Tadi jam 2 ptg, rancangan NONA menyiarkan sejam penuh rakaman perkahwinan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Macam 'projek kerjasama Malaysia - Indonesia'. Hehehee.....

Saya tanya anak saya, siapa Ashraf Sinclair? Anak sulung saya jawab: Pelakon Gol & Gincu. "Satu tu je dia berlakon?" tanya saya. "Dia juga jadi presenter program realiti TV yang pernah disiarkan di 8TV dulu," tambah isteri saya pula. "Tu je?" saya masih mencari-cari nama besar Ashraf Sinclair! "Kalau setakat sebuah dua drama dan jadi pengacara pun sekali dua, apalah sangat....., sampai TV3 jadi kemaruk siar rakaman perkahwinan mereka sampai 1 jam!" gerutu saya tak puas hati.

Saya pun tercari-cari nama Bunga Citra Lestari. Sejak tahun 1994, saya dok berulang alik ke Jakarta/Bandung sehingga sekarang, saya tidaklah nampak sangat gahnya nama Bunga Citra Lestari. Dia berlakon pun setakat dua tiga sinetron saja. Sebagai penyanyipun, setakat ini hanya ada 4 buah album sahaja. Tak ada pula lagu yang betul-betul 'segah' liputan perkahwinan dia.

Sebagai pelakon, Bunga Citra Lestari, anak kelahiran Acheh ini tidaklah segah nama Ineke, Tamara atau 'Soleha'. Sebagai penyanyi, jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan Kris Dayanti atau Rossa. Jadi saya terfikir, kenapa liputan perkahwinan mereka sedemikian 'gahnya'. Kalau dulu, sewaktu Datuk Siti Nurhaliza kahwin, gahnya sehingga ada liputan siaran langsung, tak apalah juga. Sebab nama Datuk Siti Nurhaliza bukan calang-calang nama. Orang Indonesia pun kenal siapa Datuk Siti Nurhaliza. Malah Pak Kiyai di Indonesiapun minat kat Datuk Siti Nurhaliza. Teman saya, padahal wartawan juga - Pak Koesna Suradjat dari Bandung bertanya kepada saya: siapa Ashraf Sinclair? Saya garu kepala juga nak jawab soalan dia.
Dulu di tahun 80an, sewaktu saya jadi wartawan hiburan, seingat-ingat saya, tidak ada wartawan hiburan yang kemaruk cover perkahwinan semacam ini! Paling tidak, gambar perkahwinan mereka jadi cover majalah. Itu sudah jadi trade mark Media Hiburan dan URTV. Tak akan ada covering sampai sejam macam yang TV3 buat. Public figure sangatkah Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari sehingga TV3 sanggup cover segah itu. Atau sekadar nak cover balik di atas 'keterjahan terjah' melodi yang mengada-ngada buat 'panas' tak tentu hala. Heheheee....
Saya terkejut sakan melihat kemeriahan perkahwinan mereka. Ada tin-tin 'minuman kaleng' diikat di belakang kereta.........sama seperti orang Nasrani dan Yahudi kahwin!!! Masya-Allah, saya berdetik dalam hati - mereka ni Islam ke Nasrani atau Yahudi? Kalau Islam, takkan mereka buat macam 'tu. Bukankah Rasulullah SAW berpesan: Jika kita mengikuti budaya kafir, maka kafirlah kita! Hadisnya berbunyi begini: "Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia itu termasuk golongan mereka." (Riwayat Abu Dawud)

Ibnu Taimiyah menegaskan, bahwa berbeda dengan orang kafir adalah suatu hal yang oleh syara' ditekankan. Dan menyerupai orang kafir dalam lahiriahnya dapat menimbulkan perasaan kasih dalam hatinya, sebagaimana perasaan kasih dalam batin dapat menimbulkan perasaan dalam lahir. Ini sudah dibuktikan sendiri oleh suatu kenyataan dan diperoleh berdasarkan suatu percobaan.

Selanjutnya ia berkata: Al-Quran, Hadis dan Ijma' sudah menegaskan terhadap perintah supaya berbeda dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka secara keseluruhannya. Apa saja yang kiranya menimbulkan kerusakan walaupun agak tersembunyi, maka sudah dapat dikaitkan dengan suatu hukum dan dapat dinyatakan haram. Maka dalam hal menyerupai orang kafir pada lahiriahnya sudah merupakan sebab untuk menyerupai akhlak dan perbuatannya yang tercela, bahkan akan bisa berpengaruh pada kepercayaan. Pengaruhnya ini memang tidak dapat dikonkritkan, dan kejelekan yang ditimbulkan akibat dari sikap menyerupai itu sendiri kadang-kadang tidak begitu jelas, bahkan kadang-kadang sukar dibuktikan. Tetapi setiap hal yang menjadi sebab timbulnya suatu kerosakan, syara' menganggapnya suatu hal yang haram.
Maka di sini ingin lah saya menyeru orang tua......jagalah Islam dengan sekuat-kuatnya. Jangan biarkan anak-anak kita hanyut dengan kehidupan dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Kalau kita tak jaga anak-anak kita, siapa lagi yang akan jaga mereka. Sebab itulah pentingnya kita mendidik anak dengan Islam sesungguhnya! Wallahu'alam.........

Tiada ulasan: