28 Oktober 2008

POLITIK WANG - KOMEN DATUK SERI RAIS YATIM DAN TUN MAHATHIR

Kata Datuk Seri Rais Yatim dalam satu temuramah sebuah akhbar tentang isu politik wang:

kita akan menghasilkan produk yang rasuah dalam parti. Jika rasuah berlaku dalam parti, ia juga akan wujud dalam kerajaan. Oleh itu, mesti kita menggunakan sepenuh tenaga untuk membanteras rasuah supaya parti bersih. Apabila parti bersih, kerajaan yang dipimpin juga bersih.

Kita tidak mahu dalam parti dibiarkan rasuah, tetapi dalam kerajaan dibanteras. Anggapan itu tidak tepat. Kedua-dua parti dan kerajaan mesti bersih. Oleh itu saya meminta BPR dengan bentuk baru atau yang ada kini menjalankan kerja. BPR sudah melakukan di Seremban dan ini perlu diteruskan.

Pemimpin yang naik secara rasuah akan melaksanakan rasuah apabila menjadi pemimpin kerajaan kerana sudah biasa. Seperti kata pepatah, 'apabila anjing makan tahi, kemudian walaupun tak makan, hidu pun jadi'. - Begitulah secara terus terangnya dan lantangnya Datuk Seri Rais Yatim bersuara.


Dan ini pula pandangan Tun Mahathir berhubung isu politik wang: Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

Maka marilah kita merenung nasib orang Melayu akan datang di tangan UMNO jika politik wang ini tidak dihapuskan. Sesungguhnya ia memang sukar untuk dihapuskan selagi ia bernama UMNO kerana sekian lama ia sudah 'menjadi urat nadi' UMNO sendiri.



27 Oktober 2008

POLITIK: UMNO OH UMNO

Sekarang pemilihan UMNO di peingkat bahagian. Macam-macam hal berlaku. Berapa banyak duit habis hanya nak berebut jawatan dalam UMNO. Ada yang habis berjuta-juta, hanya sekadar nak jadi Ketua Bahagian, Naib Ketua, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan macam-macam lagilah. Itu baru di peringkat bahagian. Apalagi di peringkat tertinggi. Kes Tan Sri Samad Isa, membuktikan bahawa memang UMNO main jolok duit. Bersalaman penuh makna dalam tandas PWTC.

Sebab itu bila ada teman ajak saya join UMNO, saya kata, saya tak ada duit. Payahlah nak ke depan! Saya kata, kalau saya join PAS, pasti saya dengan mudah akan dilantik jadi Ketua. Teman saya tanya, macam mana? Saya jawab, sebab janggut saya panjang. PAS pilih ketua berdasarkan janggut siapa panjang! Heheheeee..........................Teman saya ketawa. Akan tetapi sehingga kini, saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk join mana-mana parti politik!

Dalam pemilihan UMNO bahagian (malah ada juga pemilihan UMNO cawangan), tidak hairanlah kalau berlaku pergaduhan, baling membaling kerusi atau bermasam muka antara satu sama lain. Itu lumrahnya UMNO. Tidak dinafikan lagi. Cantas sana cantas sini, itulah politik dalam UMNO. Dan yan paling seronoknya, ada 'tukang bisik'. Besar peranan 'tukang bisik' ni. Masing-masing yang nak bertanding, pasang 'tukang bisik'. 'Tukang bisik' ini yang kenyang. Kiri kanan sapu bersih. Heheeee..........

Yang seronoknya bila ada orang-orang tertentu menawarkan diri nak jadi calon Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi. Konon-kononnya, mereka mahu menawarkan diri semata-mata untuk kepentingan parti. Bunyinya macam itulah.............Saya sokong seratus persen kalau ada tokoh yang benar-benar mahu berjuang untuk kepentingan parti. Apatah lagi demi menyatukan maruah orang-orang Melayu yang sedang 'sakit tenat' dalam UMNO.

Tetapi setahu saya, orang nakkan jawatan dalam UMNO hanya semata-mata nakkan juga jawatan dalam kerajaan. Tak ada orang nak buat kerja 'percuma' bang ooooiiiiii........Di zaman sekarang ni, ramai orang mengaku mahu memikul amanah. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda di penghujung zaman ini, susah nak cari orang yang boleh memegang amanah. Anda bolehlah semak dan cari sendiri hadis tersebut yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Hadis ini panjang.

KE MANA TEMAN LAMA DI WATAN DULU?

Suatu ketika dulu sewaktu di Kumpulan Karangkraf, saya pernah ditugaskan menjadi wartawan WATAN. Masa 'tu pengarang WATAN ialah Mohd Khairuni. Antara teman-teman wartawan ialah sdr Misrom Matlahem dan adiknya Kamal Ahmad (kedua-duanya merupakan adik kepada Datuk Ruhanie Ahmad, blogger Kuda Kepang), Bidin Baseri, Nazeri, Lokman Abdullah (yang kini masih jadi wartawan politik di Agenda Daily), Mohd Khushairi (sekarang bertitle Datuk dan merupakan wakil rakyat DUN Slim River), Zabidi Saidi, Herman Nor Ayub (orang Sabah), Samad Rahman, Maryam Ibrahim (Datin), Shamsuri Roslan, Shamsury Mamat, Azlan Ghani dan juga Rodley Nayan (Sukan). Nama-nama lain, lupa pulak! Al maklumlah dah lama...............Masa 'tu, sdr Kamal Amir bertindak sebagai Ketua Pengarang di Kumpulan Karangkraf.

Paling kelakarnya nama kami bertiga Ruslan Mamat, Shamsury Mamat dan Shamsuri Ruslan. Saya dan Shamsury Mamat disangkanya adik beradik. Kebetulan kami, sama-sama Kelantan! Shamsuri Ruslan (orang kuat DSAI) pendiam orangnya. Ramai orang keliru nama kami bertiga. Macam sengaja dibuat-buat pulak!

Watan ketika itu betul-betul bebas. Tidak terikat oleh mana-mana parti. Oleh kerana saya orang Kelantan, saya lebih banyak diarahkan membuat liputan PAS. Dulu (sampai sekarangpun!) orang-orang PAS tak suka liputan daripada TV3. Sebab kata mereka, TV3 memutarbelitkan fakta mereka. Sama juga dengan akhbar harian lain seperti Utusan dan Berita Harian. Pengikut-pengikut PAS yang fanatik, akan menghalang mereka daripada membuat liputan. Tapi saya, bila sebut je nama Watan.....boleh lepas tu! Masa tu, saya rapatlah dengan tokoh-tokoh PAS termasuklah Hj Nakhaei (waktu 'tu dia orang kuat PAS), Hj Shukri, Ust Fadhil Nor, dan ramai lagilah - sehingga saya pun disangka orang ahli PAS. Heheheee......

Tetapi kadang-kadang, kalau tak cukup kakitangan, boss suruh saya cover juga pemilihan UMNO, terutamanya pemilihan di peringkat bahagian. Saya teringat lagi beberapa nama yang waktu itu merangkak-rangkak baru nak naik jadi Ketua UMNO Bahagian. Mereka termasuklah sdr Azman Attar dan Datuk Zakaria Md Derus (Allahyarham). Masih terngiang-ngiang lagi cakap-cakap mereka minta saya tolong 'naikkan' mereka, buatkan publisiti dan macam-macam lagilah. Saya tolong apa yang patut. Tapi bila dah menang.....mereka lupakan kita! Itu biasalah. Heheheee................

Sejak zaman saya jadi wartawan Watan lagi, soal politik wang sudah berakar! Siapa banyak duit, dia boleh menang. Betullah kata Datuk Seri Rais Yatim - jawatan dalam UMNO, sebaiknya ditender sahaja. Nak jadi ketua UMNO kenalah keluar banyak duit. Bila dah menang, 'sebat' baliklah duit yang banyak habis tu.

Sejak saya berhenti dari Karangkraf, dan menyertai dunia hiburan, saya kehilangan teman-teman wartawan saya di Karangkraf dulu. Langsung tidak bersua muka. Shamsury Mamat, katanya ada di Pasir Putih, Kelantan. Shamsuri Ruslan, dengarnya jadi penerbit buku. Entah ya atau tidak! Sdr Zabidi masih menguruskan akhbar Watan (versi sekarang). Mohd Khairuni dah jadi penerbit akhbar Mingguan Perdana dan juga mempunyai syarikat Travel and Tour. Bawa orang pergi ke Mekah. Sdr Kamal Ahmad masih dengan dunia wartawannya. Sekarang bertugas di NST. Abangnya, Misrom Matleham, kali terakhir bertemu, katanya kerja di pejabat UMNO di PWTC. Itupun kali terakhir saya ketemu dia sudah hampir 10 tahun yang lalu.

Sdr Kamal Amir masih aktif menulis buku politik. Saya selalu berjumpa dengannya. Datin Siti Maryam Ibrahim jadi penerbit majalah Perempuan. Datuk Mohd Khushairi jadi orang politik. Pilihanraya yang lalu, nasib baik dia menang. Kalau tidak, Pakatan Rakyat dah sapu. Bidin Baseri, katanya masih aktif bekerja dengan Mohd Khairuni. Ada juga saya mendengar khabar, beberapa teman ini, ada yang sudah meninggal dunia! Al-Fatihah.

Saya benar-benar 'merindui' mereka.....................


RADIO OH RADIO

Sesekali saya jadi terkenang-kenang teman-teman lama di radio. Noramin, Ainol Jamal, Zainal Din Zainal, Toharuddin, Manan Selamat, Allahyarham Pak Din (DJ Alor Setar), Ebeng (DJ Kelantan), Mail Ibrahim (DJ Johor), Fauzi Ramli (DJ Perak), Kak Gai (DJ Penang) dan ramai lagilah (maaf......kalau terlupa nak sebut nama anda). Saya berkawan dengan mereka bukan masa saya bertugas di syarikat rekod, tetapi sejak saya jadi wartawan lagi. Masa 'tu saya dengan Allahyarham Man Toba selalu bersama bertemu mereka.

Waktu itu, saya mengendalikan ruangan khusus di Media Hiburan. Kalau tak salah nama ruangan tersebut ialah 'Dari Angkasapuri'. Masa 'tu mana ada lagi radio swasta. TV3 pun baru je nak hidup. Jadi selalulah saya turun naik Angkasapuri. Segala program TV dan Radio di Media Hiburan, sayalah yang empunya kerja. Pendek kata, hubungan saya dengan semua penerbit TV dan radio berlangsung dengan cukup baik.

Saya berkesempatan berkenalan pula dengan DJ-DJ di Radio Pulau Pinang ketika saya belajar di Universiti Sains Malaysia yang terletak di Pulau Pinang. Dari situ saya mengenali Kak Gai, Alias Md Khir, Fauzi Ramli, Abg Nordin dan ramai lagi. Sekali sekala mereka jemput saya berceramah untuk program sastera. Sebelum saya sambung studi di USM, saya diberi peluang mengelolakan ruangan sastera di Bacaria dan Media Hiburan.

Tamat belajar tahun 1988, saya sambung bekerja di Kumpulan Karangkraf. Jawatan saya terakhir ialah Editor majalah Fokus SPM dan majalah Fokus STPM. Tak lama selepas itu, saya berhenti dari Kumpulan Karangkraf. Saya letak jawatan kerana protes! Jawatan yang saya sandang ialah editor tetapi sekim gaji yang saya terima ialah sekim gaji penolong editor. Masa 'tu gaji yang saya terima hanyalah RM750.00 sebulan. Apalagi, masa 'tu saya buat 2 majalah sekaligus. Fokus SPM dan Fokus STPM.

Dua tiga hari selepas saya meletak jawatan, saya telefon sdr Roslan Tajuddin (teman lama yang dulunya wartawan juga, tetapi berpindah angin ke syarikat rekod). Dia rekomen saya kerja di Solid Gold Sdn Bhd. Oleh kerana pengalaman saya sebagai wartawan, saya diterima kerja sebagai Promotions Executive dengan gaji RM1,500.00 (dua kali ganda dari gaji terakhir dulu......).

Masa 'tu ofis kat Plaza Pengkalan di Jalan Ipoh. Boss, Encik Raihan Teh- abang kepada Encik Kamal Teh (taukeh Zaiton Industri). Saya bekerja di bawah mendiang Mike Burney (Pengurus A & R). Sayangnya, artis-artis yang diambil oleh mendiang Mike Burney, semuanya sudah 'retired'. Heheheeee.......Masa 'tu orang tengah gila rock. Antara artis-artis yang dia ambil ialah Aman Shah, Razak Ahmad, Noor Kumalasari, kumpulan RAHSIA, dan VIKING.

Masa 'tu nak buat prmosi di radio, senang je. Dulu tak main CD, semua radio kena pakai piring hitam (LP). Setiap kali ada album baru keluar, saya hantar piring hitam 'tu ke seluruh radio stesen di seluruh Semenanjung. Dulu mana ada radio swasta. Jadi semua DJ tak banyak songeh. Tak macam sekarang, DJ radio swasta glamournya mengalahkan artis! Mak datuuuk!

Nama Noramin, Ainol Jamal, Zainal Din Zainal, Pak Din, Ebang, Mail Ibrahim, Noraini Ibnu, Chuari Selamat, Kak Gai (sekadar menyebut beberapa nama) - nama mereka besar giler 'tu. Tapi mereka tidaklah seglamour DJ radio swasta sekarang!




24 Oktober 2008

SAMAD LEFTHANDED 'BERSEMADILAH' ......

Hari ini tanggal 23hb Oktober, 2008 - lebih kurang jam 1.00 tengah hari - telah kembali ke rahmatullah seorang teman yang sukar dicari ganti. Samad Lefthanded - pemain gitar yang tidak asing lagi. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Allahyarham Samad Lefthanded yang saya kenal sejak saya masih wartawan hiburan di MEDIA HIBURAN, walaupun wajahnya 'ganas' tapi hatinya tak seganas wajahnya. Di mulutnya sentiasa terukir senyum tak putus-putus, walaupun 'dalam kepalanya' ada bermacam-macam masalah.

Allahyarham meninggal secara mengejut. Tak siapa sangka. Jam 12.00 tengah hari, Allahyarham dikatakan sempat telefon dan berbual-bual dengan Eddy Hamid, tahu-tahu sejam kemudian sudah meninggal. Terkedu sakan teman kita Eddy Hamid. Apalagi Awang BPR. Minggu lepas, dia sempat berhari raya ke rumah Allahyarham Samad, sempat bergurau senda. Malah kata Allahyarham, "minggu depan aku telefon kau. Ada projek." Tahu-tahu selepas Awang muncul dalam program Malaysia Hari Ini di TV3, jam 8.30 pagi bersama Nash dan Bagio, dia terima call yang mengatakan Samad meninggal. Macam tak percaya dibuatnya!

Kebetulan rumah saya dekat dengan rumah Awang, saya tumpang Awang menziarah jenazah yang masih berada di Hospital Ampang, Pandan Mewah. Sesampai di sana, saya lihat ada beberapa teman lain sudah kelihatan kelibatnya. Ada Datuk Aziz Sattar, Opie Bloodshed, Eddy Slam, Man Kidal, Big (ex Sony), Nash, Amir (soundman studio), Aub (bassist), Izan dan beberapa wajah yang tidak saya kenali. Tak lama kemudian muncul lagi teman-teman seperjuangan yang lain. Saleem, Hattan, Aris Ariwatan, Harun BPR, Nuar Botak, Eddy Hamid, Saari Amri, Bob Lokman, Awie Wings, Black Wings, Ly Baiduri, Cik gu Anuar Dahlan, Tom (drummer), Freddie Fernandez (Karyawan), Rosli Mohalim (Sweet Charity), Salman (Bassist), Stone (guitarist), Arab (Syed Azlan), Amran Omar, Beb, Shamsuddin Sidek dan ramai lagilah (maaf kerana tidak tulis nama anda di sini).

Bob Lokman, atas daya usahanya mengumpul dana daripada teman-teman buat meringankan beban keluarga Allahyarham Samad. Banyak juga collection yang Bob dapat kumpulkan. Malamnya, saya sempat SMS Datuk Seri Tony Fernandes (CEO Air Asia yang dulunya CEO Warner Music Malaysia) memberitahu pemergian Allahyarham Samad. Terkejut sakan juga Tony. Dia minta alamat rumah. Atas daya usaha Tony, album solo Allahyarham berjaya menembusi pasaran luar negeri.

Saya sempat melihat wajah Allahyarham - sebelum dimandikan dan sesudah dimandikan di bilik mandi mayat di Bahagian Forensik, Hospital. Hanya Al Fatihah yang mampu saya sedekahkan kepada Allahyarham. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa allahyarham dan diterima segala amalnya. Sesungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Sekali lagi - Al Fatihah.


14 Oktober 2008

KUALITI BERFIKIR ARTIS KITA!

Saya tertarik dengan rencana Mingguan Malaysia bertarikh Ahad 12hb Oktober, 2008 tulisan sdr Niezam Abdullah dengan judul sebagaimana di atas. Sdr Niezam memulakan rencananya dengan "Sekarang ini kalau ditelitikan, tidak ramai artis kita yang boleh berhujah dengan yakin di depan khalayak. Malah tidak ramai yang boleh memberikan pandangan bernas apabila diminta mengupas sesuatu isu. Soalan-soalan mudah yang berkaitan dengan bidang mereka pun sukar dijawab apatah lagi jika diminta membentangkan buah fikiran mengenai hal-hal yang di luar lingkungan kerjaya dan isu semasa dalam mahupun luar negara"

Dalam ertikata lain, maksud sdr Niezam (dalam ertikata sebenar!) ramai artis kita 'bodoh' dan hanya tenggelam dengan dunia 'glamour' sahaja. Tidak ramai artis kita yang keluar atau dilahirkan daripada Universiti sebagaimana Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Malah, jangan terkejut kalau diketahui bahawa ramai di kalangan artis kita baik penyanyi mahupun pelakon yang tidak lulus SPM.

Nak jadi penyanyi, bukannya perlu ada sijil kelayakan untuk jadi penyanyi. Begitu juga jika nak jadi pelakon. Tak perlu sijil atau sebarang kelayakan untuk jadi pelakon. Yang penting ada suara dan rupa - kalau nak jadi penyanyi. Suatu ketika dulu - pilihan pertama ialah rupa. Suara, belakang kira. Itu boleh dibentuk. Maka lahirlah penyanyi yang tidak berkualiti. Maka lahirlah penyanyi yang hanya bisa bertahan satu album sahaja. Tak perlulah saya sebutkan senarai penyanyi yang dalam kategori ini.

Pelakon yang dalam kategori ini juga berlambak! Mereka dilahirkan semata-mata nak kejar glamour dan 'hartawan'. Bakat berlakon taklah seberapa sangat! Make up tebal-tebal sikit dan tonjolkan 'mana-mana yang patut', setahun dua - dapatlah target. Datuk-datuk atau Tan Sri yang 'buaya tembaga'.

Artis yang semacam ini, nampak sangat mereka langsung tidak berilmu. Malas membaca dan tidak ambil kisah tentang pergolakan politik tanahair, tidak ambil tahu tentang harga petrol atau barang naik. Apa yang mereka tahu hanyalah 'glamour' dan 'melaram sakan' kalau ada majlis anugerah. Malah di kalangan sesama mereka, dengki dan busuk hati pulak tu. Main bomoh, jangan ceritalah.

Benarlah kata sdr Afdlin Shauki: keadaan ini agak membimbangkan apabila kelompok ini tidak mahu berusaha meningkatkan kemahiran diri.
Kalau nak tahu tahap sebenar pemikiran artis kita, tontonlah FENOMENA SENI. Lain yang ditanya, lain pulak yang mereka jawab! Heheheeeeeeeeeeeeeeee.....................

03 Oktober 2008

MAS IDAYU - TOLAK LAGU INDON!!!

Bulan lalu, dalam rancangan TV Fenomena Seni, tergelak sakan bila saya mendengar Mas Idayu marah-marahkan lagu-lagu Indonesia diputarkan di kebanyakan stesyen radio di Malaysia. Semacam anti Indon je.............saya nak tergelak bukannya apa. Mas Idayu seolah-olah lupa bahawa selama ini yang dok menaikkan nama dia adalah pencipta lagu dari Indonesia! Agaknya Mas Idayu lupa (atau lupa diri!). Mas Idayu nak buat lawak ke apa?

Program 'Fenomena Seni' masa 'tu ada Freddie Fernandez selaku Presiden Karyawan dan ada juga teman lama saya, sdr. Chuari Selamat (yang mewakili DJ......kononnyalah). Sebagaimana biasa program itu dihoskan oleh Rosyam Noor. Saya tak nampak suara sdr Chuari Selamat boleh membawa suara seluruh DJ lainnya kerana DJ di zaman sekarang tentunya tidak sama dengan DJ di zaman sdr Chuari dulu. Jauuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhh bezanya tuh.

Begitu juga dengan suara Mas Idayu. Apakah pemilihan Mas Idayu sebagai mewakili suara penyanyi Malaysia. Juga jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhh!!! Sebabnya, Mas Idayu seolah-olah 'hipokrit' apabila 'menolak' lagu-lagu Indon. Sedangkan lagu 'Bolehlah Boleh' diciptakan oleh pencipta Indon, walaupun liriknya saya sendiri yang tulis. Melodinya asli dari Indon.

Semasa sessi Press Conference Karyawan di PWTC, dua bulan yg lalu (kes 90 - 10lah!) Saya menyuarakan pandangan saya di majlis itu. Saya kata, kita kena ikut aturan. Kita ada wakil artis di parlimen iaitu Tan Sri Jins Shamsuddin. Kita pakat jumpa dia. Suruh dia menyuarakan hasrat kita tentang kebanjiran lagu-lagu Indon di parlimen. Lantas, Freddie bangun dan jawab: Tan Sri Jins Shamsuddin tak buat kerja! Saya jadi kaget juga dengan jawapan Freddie itu.

Sayangnya wartawan yang hadir tidak tulis pun pasal statement Freddie yang menolak Tan Sri Jins Shamsuddin. Saya telefon pengarang hiburan di Utusan Malaysia menyatakan hal itu, jawapan yang saya terima sama seperti Freddie...........Tan Sri Jins Shamsuddin tak buat kerja!!!

18 September 2008

DUNIA HIBURAN.......CATATAN PENGALAMAN: MAS IDAYU - 2

DUNIA HIBURAN.......CATATAN PENGALAMAN: MAS IDAYU - 2

5 ALBUM SIAP..... TERPERAP!


Dalam diam, rupa-rupanya saya sudah ada 5 album yang sudah siap rakaman. 1. Album Ilya & Hamdan (Ex Senario) yang berkonsepkan komedi. 2. Marakarma (pop rock) 3. Enuma (pop rock) 4. Ratu Panggung (4 artis dangdut: Haiza/Ani Mayuni/Dayang Suria/Nora Saini) dan 5. Kompilasi Hits Indo (koleksi band Indie dari Indonedia).

Kelima-lima album ini telah memakan biaya yang 'lumayan' berjumlah RM150,000.00. Sayangnya, dengan perkembangan teknologi semasa, penjualan kaset dan CD tidak lagi boleh dijual di kedai-kedai muzik. Perniagaan muzik harus ikut perkembangan teknologi. Jual melalui RBT (Ring back tone) atau ID Daller.

Jangan terkejut kalau dikatakan bahawa ada lagu yang boleh dijual sampai mencecah RM1juta. Album 'My Heart' edaran Warner Music mencecah RM1.3juta, hanya dengan ringtones sahaja. Sebab itulah Datuk A. Rahman Hassan berani mengeluarkan kenyataan bahawa industri hiburan tanahair boleh mencecah RM300juta setahun!!!

Saya pernah mengusulkan kepada presiden Persatuan Syarikat Rakaman Bumiputera supaya dapat mencari dana untuk membeli server sendiri bagi merebut dan ikut sama berbisnes muzik melalui ringtone ini. Sayangnya, persatuan tak ada dana!

Sayang seribu kali sayang......nampak gayanya 5 album saya yang sudah siap, kenalah 'perap'. Tak tahu bila boleh release.

07 September 2008

SALEEM & IKLIM - 2


Tiga empat hari Saleem koma di hospital, akhirnya Saleem sedar. Berkat doa ibunya di kampung dan juga isterinya, Ita yang saban hari berada di sisinya.

Saya dengan Saleem, dari segi usia, cuma berbeza 5 hari je tua saya. Saya dilahirkan pada 26hb Ogos, 1961. Manakala Saleem dilahirkan tepat 31hb Ogos, 1961. Dia anak merdeka. Nama betul Saleem ialah AM Saleem. Saya tengok I/C Saleem. AM Saleem maksudnya Anak Moorthy Saleem. Heheheeeee......rupa-rupanya dia anak 'mamak', sebab tulah warna kulit Saleem gelap.

Di tahun 1994, muncullah album IKLIM bersama Warner Music dengan judul album 'Di Pintu Mahligai'. Album ini juga dipasarkan di Indonesia dengan judul yang berbeza iaitu 'Puteri'. Album ini berjaya mencecah 100ribu unit. Tahun berikutnya muncul pula album 'Bukan Niatku'.

Hubungan Saleem dengan anggota IKLIM yang lain tidaklah ngam sangat kerana masalah 'kesihatan' Saleem. Huzali, Kama dan Mohalim benar-benar mengharapkan rezeki daripada show. Sedangkan Saleem tidak pernah mahu ambil tahu. Kalau ada show, jarang Saleem akan ikut latihan di studio. Bila ada show, Saleem akan dijemput di rumahnya di Taman Seri Gombak.

Pernah kejadian....sewaktu show di Pesta Penang, Huzali, Kama dan Mohalim sudah tidak tahan lagi dengan 'kesihatan' Saleem. Semasa show, Saleem betul-betul 'over'. Naik stage pun merangkak gila! Dipanggilnya seorang peminat, disuruhnya peminat itu menyanyi sebuah lagu sampai habis, sedangkan dia tergolek kat bawah. Al maklumlah 'orang sakit'. Masa menyanyi atas stage, dia mengadap speaker, bukannya mengadap penonton, sehinggakan penonton naik meluat lihat Saleem malam itu. Pendek kata show malam itu 'hancur' sehinggakan promoter tak nak bayar duit baki show. Kemarahan Huzali, Kama dan Mohalim tidak dapat dibendung lagi. Bagai valcano pecah! Mereka 'bergaduh' di hotel. Macam-macam perkataan yang tak sedap didengar keluar dari mulut masing-masing.

Esok pagi, sewaktu mahu berangkat pulang, Saleem masih belum bangun! Dengan nada kesal, salah seorang daripada anggota IKLIM menghulurkan sejumlah wang kepada Saleem dan berkata: "Pandai-pandailah kau balik sendiri. Kau nak naik bas ke, nak naik keretapi ke, itu kau punya pasal. Kita orang dah nak balik. Dah bosan layan perangai kau!"

Itulah kemuncak perbalahan antara Saleem dengan anggota IKLIM yang lain. Walaupun dalam keadaan 'sakit' sebegitu, Saleem seolah-olah 'bernazar' dan berkerat rotan bahawa dia tak akan lagi menyusahkan anggota IKLIM yang lain. Biarlah dia sendiri secara solo. Sebab itulah, kalau ada suara-suara nak 're-union' balik IKLIM, Saleem tak nak! Pujuk macam manapun, Saleem dah berkerat rotan tak nak! "Kau orang dulu dah ludah muka aku....sekarang kau orang nak jilat balik!" Itulah kata-kata Saleem terhadap Huzali, Kama dan Mohalim.

Entah macam mana......terhasil juga album IKLIM setelah mereka berkerat rotan tak mahu bersama lagi iaitu album 'Bunga Emas' yang dikeluarkan oleh NOVA Music. Itupun siksa juga nak disiapkan, kata NOVA Music. (.........bersambung)

06 September 2008

SALEEM DAN IKLIM

Sayalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk IKLIM ke Warner Music kira-kira penghujung tahun 1993. Saya sarankan kepada Encik Nasser Abu Kassim (sekarang sudah dapat title DATUK!) A & R Director (Malay) Warner Music. Beliau bagi lampu hijau, lalu saya mula bertemu dengan group IKLIM untuk membincangkan hal itu. Mereka setuju. Saya bawa mereka ke pejabat - waktu itu ada 4 orang je yang menganggotai IKLIM - Saleem, Mohalim, Huzali dan Kama. Umarul dah tak ada.

Selepas sign kontrak - mereka diberi sedikit advance against royalty. Barulah berasa sikit pegang duit. Warner Music bagi inisiatif baru - setiap seorang diberi RM1,500 setiap bulan. Bolehlah buat bayar sewa rumah dan ansuran kereta setiap bulan. Tak sampaipun seminggu selepas sign kontrak dengan Warner Music, Saleem terlibat dengan kemalangan berhampiran JPJ Setapak/Kem Tentera Wardiburn. Tiga empat hari jugaklah Saleem koma. Manakala tentera yang terlibat kemalangan dengan Saleem meninggal dunia. Jam 2 pagi Huzali telefon saya memberitahu kemalangan itu.

Kata teman-teman terdekat, sebelum kejadian, Saleem mabuk 'berat'. Awie sampai nak 'tangan' Saleem sewaktu di Fire Club malam itu. Awie tahu yang Saleem mabuk 'berat', jadi dia tak nak layan sangatlah si Saleem tu. Sewaktu mahu pulang ke rumah, Saleem dalam keadaan mabuk 'berat' telah beberapa kali terlanggar tembok atau tiang. Malah dia salah jalan pulang....rumahnya di Gombak. Tapi dia menuju ke Setapak. Masa tu lebuhraya kesas belum ada lagi. Kereta proton yang dipandu Saleem, hancur! Apalagi kereta anggota tentera yang dilanggarnya........!!! Kalau melihatkan keadaan kedua-dua buah kereta, memang Saleem tak ada harapan untuk hidup. Rupa-rupanya, Tuhan masih menyayangi Saleem...semuga Saleem sedar akan musibah itu dan tidak lagi mabuk 'berat'.

Kes kemalangan ini dibicarakan di mahkamah Jalan Duta. Pembicaan kes ini mengambil masa yang lama juga sebab banyak kali tertangguh. Saleem didapati bersalah kerana memandu tanpa lesen dan cuai. ........................(bersambung)

31 Ogos 2008

MAS IDAYU - 3


Saya naik hairan, di kalangan teman-teman artis, ramai yang tidak suka berkawan dengan MAS IDAYU. Saya tanya mereka, kenapa? Mereka jawab, MAS IDAYU mulut laser sangat. Ada pula artis lain yang jawab.....dia ingat dia tu bagus sangat! Heheheeee.....Bagi saya semua ragam artis memang begitu. Saya dah masak sangat dengan ragam artis nih. Apalagi kalau dah popular! Macam-macam hal. Ada yang egonya tinggi sangat. Ada yang lupa diri. Jumpa teman sekampung pun dah macam tak kenal. Ada yang jadi kedekut nak mampus. Ada yang berlagak macam artis 'oversea'. Pakai manager, pasang harga, pasang susuk, pasang botox, pasang buluh perindu, dan segala macam pasang lagilah.....pasang pelindung diri pun ada, takut orang dengki kat dia! Padahal tak ada siapa pun nak dengki mendengki. Dia je yang 'perasan' orang dengki kat dia.

Album 'Bolehlah Boleh' MAS IDAYU terjual melebihi 60 ribu unit. Itu angka yang diberikan oleh Warner Music. Album 'Cinta 100%' terjual hampir 100 ribu unit. Di rumah saya banyak tergantung anugerah Platinum hasil kerja saya yang 'meletup'. Ada Anugerah Platinum AMELINA yang pertama 'Rindu Ah Ah', album keduanya 'Asyik'. Ada Anugerah 4 Platinum Kompilasi Dangdut. Dinding ruang tamu rumah saya penuh dengan anugerah Platinum! Mula-mula seronok juga tengok anugerah Platinum nih.....lama-kelamaan jadi bosan jugak.

Apataknya, bila ada tamu yang tak kenal saya melihat anugerah platinum tu......Oh ini Encik Ruslan penerbit dangdut ya! Lama-lama saya 'buang' semua anugerah platinum saya tu. Dan dinding ruang tamu rumah saya dah 'clear' dari sebarang anugerah platinum tu. Saya pinjamkan kepada Encik Carlos Zubir (masa dia launching Artis Club di Jalan Tun Razak, bersebelahan Kedutaan Amerika dulu). Sampai sekarang tak dipulangkan......haraaaaaaaaaaammmmm) .

Satu hari, DJ RTM JB, Ismail Ibrahim telefon, nak panggil MAS IDAYU menyanyi di Johor Bharu. Saya tanya berapa bajet? Dia kata RM3 ribu. Itu je bajet yang dia orang kasi. Saya pun call MAS IDAYU. MAS IDAYU minta RM6 ribu. Saya cuba runding dengan MAS IDAYU. Kata dia, nak ambil, tak nak sorry! Saya pun call Ismail Ibrahim, saya bagitahu dia MAS IDAYU minta RM6 ribu. Harga dah tak boleh runding lagi! Kata Ismail: Hai.....takkanlah penerbit sendiri pun dah tak boleh runding! Saya bagitahu Ismail berseloroh: Dia nyanyi dah RM3 ribu. Cara dia pegang MIC pun dah RM1 ribu. Dia gelek 180 degrees dah makan RM2 ribu! Semuanya RM6 ribu. Hahahahaaaa.......Lepas tu, ramai juga teman-teman telefon saya nakkan MAS IDAYU show, saya bagitahu mereka, kalau bajet ciput....lupakanlah! Walaupun saya sendiri panggil dia kalau ada show! Tak dapetlah den nak nolongnya!

MAS IDAYU - 2

Album pertama dangdut MAS IDAYU yang saya terbitkan 'meletup' di pasaran dengan lagu hitnya 'Cinta 100%'. Mulai dari itu ligatlah MAS IDAYU ke sana ke mari di seluruh pelosok tanahair buat show. Sakan rezeki dia! Sebelum ini MAS IDAYU sekadar 'suam-suam kuku', sekarang dah naik daun...............

Setahun selepas album itu meletup di pasaran, saya diarahkan untuk menyiapkan album kedua MAS IDAYU. Pening juga kepala nak pertahankan 'tanggungjawab' nih. Artis hanya tahu menyanyi je. Artis tak mahu tahu penerbit bersusah payah menyiapkan album mereka. Sudah jadi lumrah......kalau album tak boleh jual, penerbit yang kena kutuk. Tapi kalau album 'meletup' di pasaran, orang tak tanya, siapa penerbit album tu. Wah baguslah penerbit nih. Mampuihlah heh.....orang tak akan sebut nama penerbit!

Saya ambil masa hampir 2 bulan juga nak siapkan album ini. Walaupun sudah ada lagu-lagu yang boleh dijangka hit, tetapi saya masih belum berpuas hati. Saya memang cerewet bab pemilihan lagu. Walaupun sayalah satu-satunya penerbit yang tak boleh main sebarang alat muzik (selain ketuk-ketuk meja.....gendang bergendang), Alhamdulillah, saya telah dianugerahkan Allah sepasang telinga yang 'tajam' (walaupun pekak badak....hehehee). Bila saya dengar melodi lagu baru, deria penghayatan saya akan tahu, bahawa sesebuah lagu boleh jadi hit atau sebaliknya.

Bagi saya lagu 'Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan', dan 'Selangit' sudah boleh dijangka hit, tetapi saya masih belum berpuas hati. Saya dengar lagu-lagu India untuk buat kajian (bukan senang Oiiii jadi penerbit). Saya terjumpa album punjabi Daler Mehndi......ada bunyi bhangra. Saya bawa CDnya ke teman akrab saya di Bandung, Ronny Load. Dia study muziknya. Seharian saya dan dia duduk program muzik. Saya bagitahu Ronny, copy gendangnya dulu.....sound bhangra. Yang lain, Ronny pandai-pandai dialah tambah apa-apa yang patut. Masuk hari kedua, barulah nampak bentuk susunan muziknya. Saya cukup respect sama Ronny Load. Orangnya cukup 'pintar' kalau bab cari sound. Muzik dah separuh jalan lengkap, tapi melodinya tak ada! Kahkahkahkah.....saya dan Ronny ketawa! Sambil program.....dia mula menyanyi, cari melodi lagu. Bolehlah boleh.....bolehlah boleh.....bolehlah boleh, itu saja yang keluar dari mulut dia. Lama kelamaan, siap melodinya.

Saya lantas ambil pen dan kertas. Mencatat sesuatu.....bermula dengan Bolehlah boleh.........setengah jam kemudian, siap! Saya pun mula menyanyi dalam studio....guide lagu je! Dalam hati saya.....inilah lagu hitnya nanti.

Waktu rakaman album kedua ini, kami masih buat rakaman di Bandung. Waktu itu, saya sudah menyewa sebuah rumah di Jalan Semarang, Antapani, Bandung. MAS IDAYU datang dengan suaminya AMAN GRASEKA. Mereka baru je kahwin secara diam-diam! 4 atau 5 hari take vokal di studio Ronny berjalan lancar. Pernah kejadian, selepas take vokal, dalam perjalanan pulang, kami ditahan polisi. Masuk balai. Saya yang drive masa tu. Saya tunjuk lesen Malaysia. Mereka kata tak laku. Saya jolok Rp50ribu....mereka lepas. Heheeeee....

Ternyata, target saya tak salah. Lagu Bolehlah Boleh menjadi hit. Phobia bhangra pulak dah. Sampaikan buat video clip pun, panggil bhangra menari sama! Dan kenangan manisnya....album ini menerima Anugerah Best Dangdut Album AIM 2000. Tapi awardnya bukan saya yang pegang.....MAS IDAYU yang simpan sampai sekarang! Padahal award tu untuk penerbit album, bukan untuk best vokal. Heheheee....sabor jelah.

30 Ogos 2008

NYANYIAN & MUZIK - HALAL ATAU HARAM? 2

Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis, seperti kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian."
Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu."
Banyak sekali nyanyian-nyanyian dan muzik yang disertai dengan perbuatan berlebih-lebihan, minum-minum arak dan perbuatan-perbuatan haram. Itulah yang kemudian oleh ulama-ulama dianggapnya haram atau makruh.

Sebagian mereka ada yang ;nengatakan: bahwa sesungguhnya nyanyian itu termasuk lahwul hadis (omongan yang dapat melalaikan) sebagai yang dimaksud dalam firman Allah:
"Di antara manusia ada yang membeli omongan yang dapat melalaikan untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah tanpa disadari, dan dijadikannya sebaqai permainan. Mereka itu kelak akan mendapat siksaan yang hina." (Luqman: 6)

Ibnu Hazm berkata: "Ayat tersebut menyebutkan suatu sifat yang barangsiapa mengerjakannya bisa menjadi kafir tanpa diperselisihkan lagi, yaitu apabila dia menjadikan agama Allah sebagai permainan. Oleh karena itu jika dia membeli sebuah al-Quran untuk dijadikan ayat guna menyesatkan orang banyak dan dijadikannya sebagai permainan, maka jelas dia adalah kafir. Inilah yang dicela Allah s.w.t. Samasekali Allah tidak mencela orang-orang yang membeli lahwal hadis itu sendiri yang bisa dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati, bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah."

Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan; bahwa nyanyian itu sama sekali tidak dapat dibenarkan, dan termasuk suatu kesesatan, seperti firman Allah.
"Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan." (Yunus: 32)
Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah, maka jelas dia adalah fasik --termasuk semua hal selain nyanyian. Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan, seperti halnya seorang pergi ke kebun untuk berlibur, dan seperti orang yang duduk-duduk di depan sofa sekedar melihat-lihat, dan seperti orang yang mengkelir bajunya dengan warna ungu, hijau dan sebagainya.

Namun di situ ada beberapa ikatan yang harus kita perhatikan sehubungan dengan masalah nyanyian ini, yaitu:
1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam. Oleh karena itu kalau nyanyian-nyanyian tersebut penuh dengan pujian-pujian terhadap arak dan menganjurkan orang supaya minum arak, misalnya, maka menyanyikan lagu tersebut hukumnya haram, dan si pendengarnya pun haram juga. Begitulah nyanyian-nyanyian lain yang dapat dipersamakan dengan itu.
2. Mungkin subjek nyanyian itu sendiri tidak menghilangkan pengarahan Islam, tetapi cara menyanyikan yang dilakukan oleh si penyanyi itu beralih dari lingkungan halal kepada Iingkungan haram, misalnya lenggang gaya dengan suatu kesengajaan yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.
3. Sebagaimana agama akan selalu memberantas sikap berlebih-lebihan dan kesombongan dalam segala hal sampai pun dalam beribadah, maka begitu juga halnya berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur, padahal waktu itu sendiri adalah berarti hidup!
Tidak dapat diragukan lagi, bahwa berlebih-lebihan dalam masalah yang mubah dapat menghabiskan waktu untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban. Maka tepatlah kata ahli hikmah: "Tidak pernah saya melihat suatu perbuatan yang berlebih-lebihan, melainkan di balik itu ada suatu kewajiban yang terbuang."
4. Tinggal ada beberapa hal yang seharusnya setiap pendengarnya itu sendiri yang memberitahu kepada dirinya sendiri, yaitu apabila nyanyian atau satu macam nyanyian itu dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah serta nafsu kebinatangannya itu dapat mengalahkan segi rohaniahnya, maka dia harus menjauhi nyanyian tersebut dan dia harus menutup pintu yang dari situlah angin fitnah akan menghembus, demi melindungi hatinya, agamanya dan budi luhurnya. Sehingga dengan demikian dia dapat tenang dan gembira.
5. Di antara yang sudah disepakati, bahwa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah yang oleh Rasulullah s.a.w. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat, yaitu sebagaimana sabda beliau:
"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)

NYANYIAN & MUZIK - HALAL ATAU HARAM?

Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga, ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri omong kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkawinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi.
Dalam hadis diterangkan: "Dari Aisyah r.a, bahwa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan." (Riwayat Bukhari)
Dan diriwayatkan pula: "Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengawinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Betul! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak!

Kemudian Rasulllah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh karena itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamul" (Riwayat Ibnu Majah)

"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abu Bakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abu Bakar Biarkanlah mereka itu hai Abu Bakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

29 Ogos 2008

MAS IDAYU


Setelah album sulung Amelina meletup di pasaran, Warner Music mahu saya cari lagi penyanyi dangdut. Rosman, kawan lama di KiraWang Sdn Bhd perkenalkan Mas Idayu kepada saya. Sebelum ini Mas Idayu pernah buat album. Kalau tak salah dah 5 album tapi tak satupun yang 'meletup'. Saya perkenalkan kepada Nasser Abu Kassim. Everything OK.Dapat bajet, saya pergi ke Bandung. Cari lagu. Buat muzik arranggement. Beberapa lagu saya minta Sukma buat muzik. Beberapa lagu saya minta Ronny Load buat muzik. Waktu rakaman album Mas Idayu ini, saya tidak lagi menggunakan pita 2 inch. Saya gunakan studio ADAT. Master ADAT macam VHS - bukan jenis E tapi jenis S (Super - VHS).Jadi mudahlah saya bawa masternya ini. Tak macam master pita 2 inch yang beratnya sampai 2 atau 3 kg.Bila muzik dah hampir siap, barulah Mas Idayu datang ke Bandung untuk rakaman vokal. Mas Idayu termasuk artis yang cepat menghafal melodi lagu baru. Suasana rakaman cukup menyeronokkan. Happy je. Sengaja saya cetuskan suasana sedemikian, agar dia tidak stress atau tertekan. Waktu rakaman lagu Rosyid Somantri yang berjudul 'Terlalu'....Mas Idayu menangis terisak-isak dalam studio. Katanya, lirik lagu itu ada kena mengena dengannya. Selesai rakaman, saya benar-benar puas hati. Banyak lagu best-best. Cinta 100%, Gelitik Cinta, Robek Hatiku, Bukan Cinta RM, Terlalu dan 2 buah lagu lama ciptaan YM Raja Kobat, Penyakit Cinta dan Sampai Bila.Hampir sebulan saya bekerja keras menyiapkan album ini. Daripada mengumpul lagu, sama-sama menyiapkan susunan muziknya, sama-sama 'bergadang' dalam studio menyiapkan vokal sampai ke pagi.....akhirnya kerja lelah memang berbaloi. Ternyata, album ini membanggakan Warner Music. Ia terjual melebihi 100ribu unit. Satu lagi bintang dangdut muncul. Gara-gara kejayaan itu, Mas Idayu berjanji kepada saya...."InsyaAllah, saya akan bawa abang satu famili melancong ke luar negara." Tapi sampai sekarang janji itu tetap tinggal janji semata-mata!

28 Ogos 2008

CERITA ARTIS.....TAK NAK YANG BURUK

Semua artis kita kalau berita yang dipaparkan di media cetak atau media letronik, segala-galanya hendaklah berita 'baik-baik' belaka. Kalau ada cerita yang buruk dipaparkan mengenai mereka, pasti mereka akan menafikannya (walaupun berita itu memang benar sekalipun). Jadi untuk sentiasa mendapat liputan yang 'baik-baik', mereka kenalah bodek wartawan hiburan. Buat kawan dengan mereka.

Wartawan hiburan pun satu hal jugak. Kalau dah artis tu dah jadi kawan mereka, berita yang buruk-buruk pasti disorok. Saya tahu sangatlah.....kerana suatu ketika dulupun saya pernah jadi wartawan hiburan di MEDIA HIBURAN bersama sdr Ghaffar Nin, Emma Hussin, Intan Zabidin dan Huzzaini (sekadar menyebut beberapa nama). Sebelum dipindahkan ke MEDIA HIBURAN, saya terlebih dahulu ditugaskan di meja hiburan BACARIA.

Wartawan hiburan dahulu kala, jika dibandingkan dengan wartawan hiburan sekarang ini, jauh bezanya! Wartawan hiburan dahulu kala, 'mengejar' artis untuk mendapatkan bahan berita. Allahyarham Man Toba pernah dihalau oleh Dhalan Zainuddin (ketika itu Dhalan digelar 'superstar'!) ketika cuba mengambil gambar di sekitar rumah Dhalan Zainuddin. Mahu tak mahu, terpaksalah balik ke ofis dengan tangan kosong. Heheheeee.....Zaman sekarang terbalik kot. Artis yang 'mengejar' wartawan! Ada pula artis yang terpaksa 'jaga' wartawan.
Di kesempatan ini, saya akan ceritakan segala pengalaman pahit maung saya ketika bersama artis. Baik pengalaman saya sebagai seorang wartawan hiburan, Pengurus Label di Warner Music ataupun selaku penerbit album. Inilah dunia hiburan yang fana semata-mata!
Dan tentulah melalui catatan peribadi saya di sini juga, bakal ada artis yang tak puas hati apabila 'kain mereka kelak selak'. Saya akan tulis segala yang benar-benar belaka, tidak ada yang lain selain yang benar-benar belaka! Pahit manis selama saya berkecimpung dalam dunia hiburan ini. Selama saya bertindak selaku penerbit mereka. Selama saya berkawan dengan mereka. JANGAN MARAHHHHHHHHHHH.........

26 Ogos 2008

SAYANGNYA MODAL TAK ADA.....

Baru-baru ini (sekitar bulan Julai lalu), saya diberi keizinan untuk menerbitkan album kompilasi group band indipenden daripada negara seberang, Indonesia. Setelah seleksi dengan begitu teliti, saya memilih 12 group untuk dimasukkan ke dalam daftar kompilasi tersebut. Antaranya ialah PAPRIKA (Semarang), SWEET HURRICANE (Jakarta), LAST STATION (Lombok), NAVICULA (Bali), ALFA (Makassar), Mr X (Jakarta), JULIAN APRIL (Jakarta), IWA (Jakarta), SHASUKE (Cirebon), SILVER (Banyuwangi), TroYa (Pekan Baru)dan FREENOISE (Cirebon). Ada beberapa group memang cukup potensi untuk muncul dengan album mereka sendiri seperti PAPRIKA, SWEET HURRICANE, SILVER, NAVICULA dan SHASUKE. Mereka anak-anak muda yang berpotensi untuk melangkah jauh dalam bidang muzik.
Saya telah menemui beberapa syarikat record untuk mengketengahkan album kompilasi ini. Kebanyakan mereka menunjukkan minat yang cukup membanggakan. Memang lagu-lagu yang terkandung dalam album kompilasi ini......enak didengar dan beberapa buah lagu boleh jadi hit! Saya cukup yakin bahawa beberapa lagu yang terapat dalam kompilasi ini boleh jadi hit.
Sayangnya saya tidak mempunyai modal untuk 'meledakkan' album kompilasi ini. Saya cuba pinjam bank dengan mencagarkan sebuah rumah flat yang saya ada......tetapi gagal. Saya nak pinjampun bukannya banyak sangat, setakat RM50K sahaja.....pun tak lepas! Inilah susahnya orang melayu nak berniaga.............nasiblah!

25 Ogos 2008

AMELINA.........CATATAN 2




Satu hari AMELINA dipanggil untuk sign kontrak dengan Warner Music sambil berkenalan dengan staff bahagian Melayu. Biasalah...baru nak jadi artis, malu-malu kucing! Saya pasti AMELINA masih ingat lagi kata-kata saya yang saya luahkan di depan Zaini Nordin ketika itu......"Esok bila kau dah popular, muka abang ni pun kau ludah!"
"Eh....tak adalah bang!" kata AMELINA. Zaini hanya ketawa. "Kita sama-sama tengok jelah nanti Lan", sampuk Zaini.
Tak disangka-sangka.....budak berwajah cina tu meletup sakan! Hari-hari radio dok main lagu dia. Album yang dulu semua syarikat rekod tak layan.....tiba-tiba pecah rekod jualan! Mencecah jualan di atas 100 ribu kaset. Dan AMELINA mulai dari hari itu, mulai sibuk dengan show. Dulu dia kerja kilang.....sekarang dah jadi penyanyi popular! Siapa sangka tuah badan! Sebulan dia boleh kaut duit RM30ribu hingga RM40ribu dari show. Apataknya.....satu show saya charge RM3ribu ke RM4ribu. Sebulan dia boleh dapat 10 show. Budak yang dulu hidup ala kadarnya, tiba-tiba jadi kaya!!!
Alhamdulillah....itu rezeki dia. Album pertama....Rindu Ah Ah Ah, terjual hampir 200ribu copy. Album kedua....Syik Ayik Asyik, juga terjual hampir 200ribu copy. Album ketiga....Cinta Oh Cinta, mula merosot tetapi terjual 100ribu copy. Waktu itu, ada orang mulai 'kacau' AMELINA. Ada orang 'pekenakan' AMELINA. Dia mula lupa diri. Dia dah jadi angau. Duit banyak! Kaki cucuk pun banyaklah juga! Sampaikan dia sanggup keluarkan duit belikan kereta untuk seorang lelaki yang dicintainya (al kisahlah...kononnya tu) Lama kelamaan.......habislah harta AMELINA. Hubungan Amelina dengan lelaki ini tidak panjang, dia beralih pula ke seorang lelaki lain. Keluar mulut buaya, masuk pula ke mulut naga! Kononnya kekasih baru ni orang kaya.....heheheeeee. Tahu-tahu, habukpun tak ada. Cakap besar dan berlagak je! Ada member beritahu, tukang tarik kereta je!!! Amelina mempunyai tabiat yang aneh! Dia suka 'bercinta' dengan suami orang. Dia tidak suka lelaki bujang. Dari pertama kali saya jumpa dia pada tahun 1994, Amelina dah buat hubungan dengan suami orang. Semua boyfriend dia suami orang.....!!! Termasuk affair dia dengan IWAN (pun suami orang).
Selepas album ketiga yang berjudul 'Cinta Oh Cinta'....Amelina hilang entah ke mana. Dengar cerita dia kahwin 'cowboy' kat Siam (pun dengan suami orang jugak!). Sampai sekarang Amelina terus hilang dari persada muzik tanahair. Ada ramai teman-teman saya bertanya: Mana pergi Amelina? Saya jawab senang je: Entah....dah bertahun-tahun saya tak pernah jumpa atau terserempak dengan dia. Saya hanya penerbit album dia sahaja, tak lebih dari itu.
Dari akhbar dan sumber berita lain - saya dengar hubungan Amelina dengan orang tuanya tidak seindah sewaktu dia belum bergelar isteri orang. Amelina langsung tidak dibenarkan menjenguk kedua orang tuanya! MasyaAllah......dahsyatnya. Dalam hati kecil saya......kalaulah sejarah boleh diputar-balikkan, saya tak akan ambil Amelina jadi recording artis! Biarlah dia hidup aman damai dengan kedua orang tuanya!

AMELINA......CATATAN 1



Satu hari, seorang teman (Syed Mustaffa) telefon: "Ruslan, saya ada nak rekomen seorang penyanyi dari Nilai. Boleh ke?" Saya kata, "bolehlah. Suruh dia datang ke ofis di Tingkat 9 MUI Plaza, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur".
Selang beberapa hari kemudian, datanglah seorang perempuan dengan beberapa orang sanak saudaranya. Orangnya berkulit putih. Wajah macam budak Cina. Mata sepet sikit. Rambut mencecah bahu.
"Nak nyanyi lagu apa?" Saya tanya. Dia tersengeh malu-malu. "Apa-apa pun boleh", kata dia. Saya cari muzik minus one yang ada dalam stor pejabat. Saya terjumpa salah satu lagu Dayangku Intan.....(lupa lak judulnya!). Dia pun nyanyilah.......waktu itu ada Shamsudin Sidek. Ada Zaini Nordin (sekarang dah kerja dgn AirAsia). Ada juga Datuk Nasser Abu Kassim (pun ikut Datuk Tony kerja dgn AirAsia). Rata-rata komen mereka.......boleh tahan je!
Seminggu lepas tu, ada teman saya datang dari Bandung, Indonesia. "Lan, saya ada projek disko dangdut. Kamu cari penyanyi. Muzik dah siap". Kata Yanuar, teman dari Bandung. Saya lantas teringat budak perempuan yang datang dari Nilai tempoh hari. Saya telefon emak saudara dia. Esoknya dia datang ofis. Kali ni dia bawa emak dia. Saya bagi dengar muzik yg member saya bawa dari bandung. Disko dangdut. Mulanya dia tak nak! Setelah pulang ke rumah, emak dia pujuk dia suruh try nyanyi lagu disko dangdut. Mana tahu ada tuah, kata emaknya.
Sebulan saya bagi masa suruh dia hafal melodinya. Kemudian saya mulai buat rakaman vokal di sebuah studio di Seremban. Tiap hari saya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Seremban. Dan beberapa lagu saya buat rakaman di studio Booty Boys di Jalan Pahang. Bila semua rakaman vokal dah siap, saya mulai mixing di studio Booty Boys. Mr Loh Swee Fah, orang lama dalam dunia rakaman jadi tukang mix. "Wah ini lagu banyak syok oooooo...." saya teringat lagi kata-kata Mr Loh. "Mana you mau jual ini master?" Dia tanya saya. Saya jawab pendek, "Belum tau lagi!".
Saya bawa master yang sudah siap mixing jumpa Nasser Abu Kassim (waktu itu dialah A & R (Bhg Melayu) di Warner Music. Dia reject master yang saya bawa. Sakit telinga dia dengar dangdut! Saya bawa lagi master tu ke beberapa syarikat rekod lain, termasuk PolyGram (Billy), BMG (Aziz Bakar), Sony Music (Johari Teh), Life Record (Ramli S.).....malah ke syarikat rekod kecil pun, saya bawa. Semuanya tak nak. Apalagi, penyanyinya budak baru....tak ada nama lagi.
Saya hampir-hampir putus asa. Terakhir sekali, saya tebalkan muka jumpa Tony Fernandes. Agaknya....kerana bunyi tabla, dia pun setuju. Tambah pula saya jual murah.....RM25ribu termasuk artis! On the same day, Tony bagi saya cek RM25ribu. Saya terus langsaikan segala hutang-hutang studio, hutang Sukma Maulana (tukang buat muzik) dan duit member saya, Yanuar. Selebihnya tersisa RM2ribu buat saya. Heheeee...........
Dari situlah bermulanya langkah AMELINA sebagai penyanyi dangdut...........
(bersambung................)