22 September 2009
Lama Tak Update
20 Mei 2009
AMELINA - MASIH ADA PEMINAT BERTANYA!
09 April 2009
NASIB LAGU-LAGU ANTHEM NEGERI
07 Mac 2009
AL FATIHAH BUAT 2 RAKAN SENI
Dua hari berturut-turut (5hb & 6hb Mac, 2009), dua rakan seni kembali ke rahmatullah. Kedua-duanya meninggal akibat sakit jantung. Kedua-duanya meninggal di hospital. Allahyarham Mohd. Arzmy Mohamad, bekas ketua bahagian melayu di syarikat rakaman EMI meninggal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia lewat tengah malam. Manakala Allahyarham Zubir Ali, seorang penyanyi dan pencipta lagu-lagu puisi meninggal di Hospital Pakar Damansara lebih kurang jam 11.00 pagi. Secara kebetulannya, Allahyarham Zubir Ali pernah 'bernaung' di bawah syarikat rakaman EMI sebagai pengedar album HARMONI yang popular dengan lagu 'PENANTIAN' dan 'DOA'.
30 November 2008
BESAR SANGATKAH NAMA ASHRAF SINCLAIR & BUNGA CITRA LESTARI!!!
Saya pun tercari-cari nama Bunga Citra Lestari. Sejak tahun 1994, saya dok berulang alik ke Jakarta/Bandung sehingga sekarang, saya tidaklah nampak sangat gahnya nama Bunga Citra Lestari. Dia berlakon pun setakat dua tiga sinetron saja. Sebagai penyanyipun, setakat ini hanya ada 4 buah album sahaja. Tak ada pula lagu yang betul-betul 'segah' liputan perkahwinan dia.
Ibnu Taimiyah menegaskan, bahwa berbeda dengan orang kafir adalah suatu hal yang oleh syara' ditekankan. Dan menyerupai orang kafir dalam lahiriahnya dapat menimbulkan perasaan kasih dalam hatinya, sebagaimana perasaan kasih dalam batin dapat menimbulkan perasaan dalam lahir. Ini sudah dibuktikan sendiri oleh suatu kenyataan dan diperoleh berdasarkan suatu percobaan.
Selanjutnya ia berkata: Al-Quran, Hadis dan Ijma' sudah menegaskan terhadap perintah supaya berbeda dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka secara keseluruhannya. Apa saja yang kiranya menimbulkan kerusakan walaupun agak tersembunyi, maka sudah dapat dikaitkan dengan suatu hukum dan dapat dinyatakan haram. Maka dalam hal menyerupai orang kafir pada lahiriahnya sudah merupakan sebab untuk menyerupai akhlak dan perbuatannya yang tercela, bahkan akan bisa berpengaruh pada kepercayaan. Pengaruhnya ini memang tidak dapat dikonkritkan, dan kejelekan yang ditimbulkan akibat dari sikap menyerupai itu sendiri kadang-kadang tidak begitu jelas, bahkan kadang-kadang sukar dibuktikan. Tetapi setiap hal yang menjadi sebab timbulnya suatu kerosakan, syara' menganggapnya suatu hal yang haram.
17 November 2008
ARTIS DANGDUT DIFOTO 'BOGEL'
08 November 2008
8 & 9 NOVEMBER: PERTEMUAN BAND INDIE DI CIREBON
Dan esoknya pula akan berlangsung pelancaran secara rasmi 16HOLE.COM, website yang dipolopor oleh sdr Igoy dan teman-temannya dari kota Cirebon. Website dari NING.COM ini yang pada mulanya kecil-kecil cili padi, kini telah mempunyai lebih 1,600 ahli dan setiap hari dilayari oleh anak-anak band yang berusaha mencari peluang mengketengahkan muzik mereka.
Kepada Mas Igoy dan rakan-rakan........semoga suksess acaranya. Semoga nanti, kita berkesempatan jua bertemu walaupun tanpa acara 16HOLE.
06 November 2008
PENERBIT DRAMA 'CURI' LAGU
02 November 2008
INDIE BAND DARI INDO
Saya suka dengar suara manja ala country si RANI SWEET HURRICANE (dari Sukabumi/Jakarta). Dia sering nyanyi sepanggung dengan Tantowi yahya (penyanyi country Indonesia). Lagipun, dia sanggup keluarkan modal buat rakaman di studio Blackboard, Jakarta. Bukan kecil anak punya studio tu! Tapi tak apa....RANI anak orang kaya. Heheeeee.....
Saya berhajat nak buat konsert mereka suatu hari nanti di Kuala Lumpur. Target saya bukan untuk 'orang Malaysia' tetapi untuk warga Indonesia yang hauskan muzik Indonesia. Apapun, orang Indonesia tetap support orang mereka sendiri. Semangat patriotik mereka tetap tebal walau di mana sekalipun mereka berada!
RATU PANGGUNG - ALBUM DANGDUT TERAKHIR DARI SAYA
Ada 2 lagu lama saya rakamkan kembali. 'Ayam Den Lapeh' (yang pernah dinyanyikan oleh Elly Kassim) dan 'Wahai Kau Burung Dalam Sangkar' (yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Abdullah Chik). Lagu berjudul Ratu Panggung saya cipta khas untuk album ini. Melodinya sedap didengar dengan sentuhan muzik moden dangdut dari sdr Ronny Load, teman akrab saya di Bandung. Lagu ciptaan Yusri Yusoff "Samba Lagu Cinta" dan lirik oleh sdr Azam Dungun juga sedap didengar. Lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi baru, Dayang (kakak Tomok New Boys).
Haiza pula menyanyikan lagu "Wahai Kau Burung Dlm Sangkar" dan sebuah lagu baru "Bahasa Cinta". Ani Mayuni pula menyanyikan lagu 'Bukan Aku Tak Sayang" (agak pure dangdut sikit) dan lagu 'Yale' (sedap juga lagu ni.....lagu ciptaan Deddi Kochan). Manakala seorang lagi penyanyi baru Nora Sa'ini (bekas student UTM....baru habis belajar) menyanyikan lagu "Lama-lama-lama" dan "Lampu Asmara".
Dah 2 tahun saya simpan album ini. Tak ada record company berminat. Tak perlah. Akhirnya saya jumpa sebuah company ringtone. Mereka berminat. Saya tolak harga modal rakaman je 25K. Saya beritahu mereka, kalau boleh jual, jangan lupa bonus untuk saya! Heheheeee...........
AMELINA - ALBUM BARU???
Sepanjang bulan syawal (terutama setiap sabtu dan minggu), tak henti-henti saya ke undangan open house. Jumpa kawan-kawan lama. Macam-macam cerita. Jumpa orang yang kita tidak kenal pun, jadi kenal. "Oh ini rupanya Encik Ruslan Mamat, penerbit dangdut 'tu ya." Saya jadi malu juga bila dicop 'penerbit dangdut' walaupun saya dah bersara daripada menerbitkan album dangdut!
"Mana pergi Amelina?" Ada juga soalan tentang Amelina diajukan kepada saya. Saya jawab, "Tak tahulah. Dia dah kahwin dan beranak pinak. " "Eh, kalau dia buat come back, tentu masih laku lagi tu," terjah orang yang mengajukan soalan tadi. "Boleh ke? Badan diapun tentu dah boroi. Dengar cerita dia dah 'berjilbab'. Apatah lagi, situasi sekarang, penjualan album tak macam dulu lagi dah. Bukan setakat Siti Nurhaliza, raja SMS si Mawi pun belum tentu boleh jual lagi. " celah saya.
Saya jadi teringat tentang rakaman album terbaru (sepatutnyalah) Amelina yang saya buat pada tahun 2001. Semua lagu sudah saya siapkan muziknya. Terakhir saya jumpa dia waktu dia datang ke Nada studio di Kelana Jaya ambil CD lagu baru untuk latihan sebelum vokal. Sampai ke sudah, dia tak buat vokal. Sakan Warner Music mengamuk gara-gara Amelina tidak mahu siapkan rakaman tersebut. Apa taknya, hutang dia di Warner Music masih banyak. Terakhir dia ambil "advances" 200 ribu. Sampai sekarang "hutang tertunggak" dengan Warner Music. Sebab itulah Warner Music terpaksa keluarkan album kompilasi dia tiap-tiap tahun supaya boleh cover advances yang dia ambil.
28 Oktober 2008
POLITIK WANG - KOMEN DATUK SERI RAIS YATIM DAN TUN MAHATHIR
kita akan menghasilkan produk yang rasuah dalam parti. Jika rasuah berlaku dalam parti, ia juga akan wujud dalam kerajaan. Oleh itu, mesti kita menggunakan sepenuh tenaga untuk membanteras rasuah supaya parti bersih. Apabila parti bersih, kerajaan yang dipimpin juga bersih.
Kita tidak mahu dalam parti dibiarkan rasuah, tetapi dalam kerajaan dibanteras. Anggapan itu tidak tepat. Kedua-dua parti dan kerajaan mesti bersih. Oleh itu saya meminta BPR dengan bentuk baru atau yang ada kini menjalankan kerja. BPR sudah melakukan di Seremban dan ini perlu diteruskan.
Pemimpin yang naik secara rasuah akan melaksanakan rasuah apabila menjadi pemimpin kerajaan kerana sudah biasa. Seperti kata pepatah, 'apabila anjing makan tahi, kemudian walaupun tak makan, hidu pun jadi'. - Begitulah secara terus terangnya dan lantangnya Datuk Seri Rais Yatim bersuara.
Maka marilah kita merenung nasib orang Melayu akan datang di tangan UMNO jika politik wang ini tidak dihapuskan. Sesungguhnya ia memang sukar untuk dihapuskan selagi ia bernama UMNO kerana sekian lama ia sudah 'menjadi urat nadi' UMNO sendiri.
27 Oktober 2008
POLITIK: UMNO OH UMNO
Sebab itu bila ada teman ajak saya join UMNO, saya kata, saya tak ada duit. Payahlah nak ke depan! Saya kata, kalau saya join PAS, pasti saya dengan mudah akan dilantik jadi Ketua. Teman saya tanya, macam mana? Saya jawab, sebab janggut saya panjang. PAS pilih ketua berdasarkan janggut siapa panjang! Heheheeee..........................Teman saya ketawa. Akan tetapi sehingga kini, saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk join mana-mana parti politik!
Dalam pemilihan UMNO bahagian (malah ada juga pemilihan UMNO cawangan), tidak hairanlah kalau berlaku pergaduhan, baling membaling kerusi atau bermasam muka antara satu sama lain. Itu lumrahnya UMNO. Tidak dinafikan lagi. Cantas sana cantas sini, itulah politik dalam UMNO. Dan yan paling seronoknya, ada 'tukang bisik'. Besar peranan 'tukang bisik' ni. Masing-masing yang nak bertanding, pasang 'tukang bisik'. 'Tukang bisik' ini yang kenyang. Kiri kanan sapu bersih. Heheeee..........
Yang seronoknya bila ada orang-orang tertentu menawarkan diri nak jadi calon Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi. Konon-kononnya, mereka mahu menawarkan diri semata-mata untuk kepentingan parti. Bunyinya macam itulah.............Saya sokong seratus persen kalau ada tokoh yang benar-benar mahu berjuang untuk kepentingan parti. Apatah lagi demi menyatukan maruah orang-orang Melayu yang sedang 'sakit tenat' dalam UMNO.
Tetapi setahu saya, orang nakkan jawatan dalam UMNO hanya semata-mata nakkan juga jawatan dalam kerajaan. Tak ada orang nak buat kerja 'percuma' bang ooooiiiiii........Di zaman sekarang ni, ramai orang mengaku mahu memikul amanah. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda di penghujung zaman ini, susah nak cari orang yang boleh memegang amanah. Anda bolehlah semak dan cari sendiri hadis tersebut yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Hadis ini panjang.
KE MANA TEMAN LAMA DI WATAN DULU?
Paling kelakarnya nama kami bertiga Ruslan Mamat, Shamsury Mamat dan Shamsuri Ruslan. Saya dan Shamsury Mamat disangkanya adik beradik. Kebetulan kami, sama-sama Kelantan! Shamsuri Ruslan (orang kuat DSAI) pendiam orangnya. Ramai orang keliru nama kami bertiga. Macam sengaja dibuat-buat pulak!
Watan ketika itu betul-betul bebas. Tidak terikat oleh mana-mana parti. Oleh kerana saya orang Kelantan, saya lebih banyak diarahkan membuat liputan PAS. Dulu (sampai sekarangpun!) orang-orang PAS tak suka liputan daripada TV3. Sebab kata mereka, TV3 memutarbelitkan fakta mereka. Sama juga dengan akhbar harian lain seperti Utusan dan Berita Harian. Pengikut-pengikut PAS yang fanatik, akan menghalang mereka daripada membuat liputan. Tapi saya, bila sebut je nama Watan.....boleh lepas tu! Masa tu, saya rapatlah dengan tokoh-tokoh PAS termasuklah Hj Nakhaei (waktu 'tu dia orang kuat PAS), Hj Shukri, Ust Fadhil Nor, dan ramai lagilah - sehingga saya pun disangka orang ahli PAS. Heheheee......
Tetapi kadang-kadang, kalau tak cukup kakitangan, boss suruh saya cover juga pemilihan UMNO, terutamanya pemilihan di peringkat bahagian. Saya teringat lagi beberapa nama yang waktu itu merangkak-rangkak baru nak naik jadi Ketua UMNO Bahagian. Mereka termasuklah sdr Azman Attar dan Datuk Zakaria Md Derus (Allahyarham). Masih terngiang-ngiang lagi cakap-cakap mereka minta saya tolong 'naikkan' mereka, buatkan publisiti dan macam-macam lagilah. Saya tolong apa yang patut. Tapi bila dah menang.....mereka lupakan kita! Itu biasalah. Heheheee................
Sejak zaman saya jadi wartawan Watan lagi, soal politik wang sudah berakar! Siapa banyak duit, dia boleh menang. Betullah kata Datuk Seri Rais Yatim - jawatan dalam UMNO, sebaiknya ditender sahaja. Nak jadi ketua UMNO kenalah keluar banyak duit. Bila dah menang, 'sebat' baliklah duit yang banyak habis tu.
Sejak saya berhenti dari Karangkraf, dan menyertai dunia hiburan, saya kehilangan teman-teman wartawan saya di Karangkraf dulu. Langsung tidak bersua muka. Shamsury Mamat, katanya ada di Pasir Putih, Kelantan. Shamsuri Ruslan, dengarnya jadi penerbit buku. Entah ya atau tidak! Sdr Zabidi masih menguruskan akhbar Watan (versi sekarang). Mohd Khairuni dah jadi penerbit akhbar Mingguan Perdana dan juga mempunyai syarikat Travel and Tour. Bawa orang pergi ke Mekah. Sdr Kamal Ahmad masih dengan dunia wartawannya. Sekarang bertugas di NST. Abangnya, Misrom Matleham, kali terakhir bertemu, katanya kerja di pejabat UMNO di PWTC. Itupun kali terakhir saya ketemu dia sudah hampir 10 tahun yang lalu.
Sdr Kamal Amir masih aktif menulis buku politik. Saya selalu berjumpa dengannya. Datin Siti Maryam Ibrahim jadi penerbit majalah Perempuan. Datuk Mohd Khushairi jadi orang politik. Pilihanraya yang lalu, nasib baik dia menang. Kalau tidak, Pakatan Rakyat dah sapu. Bidin Baseri, katanya masih aktif bekerja dengan Mohd Khairuni. Ada juga saya mendengar khabar, beberapa teman ini, ada yang sudah meninggal dunia! Al-Fatihah.
Saya benar-benar 'merindui' mereka.....................
RADIO OH RADIO
Waktu itu, saya mengendalikan ruangan khusus di Media Hiburan. Kalau tak salah nama ruangan tersebut ialah 'Dari Angkasapuri'. Masa 'tu mana ada lagi radio swasta. TV3 pun baru je nak hidup. Jadi selalulah saya turun naik Angkasapuri. Segala program TV dan Radio di Media Hiburan, sayalah yang empunya kerja. Pendek kata, hubungan saya dengan semua penerbit TV dan radio berlangsung dengan cukup baik.
Saya berkesempatan berkenalan pula dengan DJ-DJ di Radio Pulau Pinang ketika saya belajar di Universiti Sains Malaysia yang terletak di Pulau Pinang. Dari situ saya mengenali Kak Gai, Alias Md Khir, Fauzi Ramli, Abg Nordin dan ramai lagi. Sekali sekala mereka jemput saya berceramah untuk program sastera. Sebelum saya sambung studi di USM, saya diberi peluang mengelolakan ruangan sastera di Bacaria dan Media Hiburan.
Tamat belajar tahun 1988, saya sambung bekerja di Kumpulan Karangkraf. Jawatan saya terakhir ialah Editor majalah Fokus SPM dan majalah Fokus STPM. Tak lama selepas itu, saya berhenti dari Kumpulan Karangkraf. Saya letak jawatan kerana protes! Jawatan yang saya sandang ialah editor tetapi sekim gaji yang saya terima ialah sekim gaji penolong editor. Masa 'tu gaji yang saya terima hanyalah RM750.00 sebulan. Apalagi, masa 'tu saya buat 2 majalah sekaligus. Fokus SPM dan Fokus STPM.
Dua tiga hari selepas saya meletak jawatan, saya telefon sdr Roslan Tajuddin (teman lama yang dulunya wartawan juga, tetapi berpindah angin ke syarikat rekod). Dia rekomen saya kerja di Solid Gold Sdn Bhd. Oleh kerana pengalaman saya sebagai wartawan, saya diterima kerja sebagai Promotions Executive dengan gaji RM1,500.00 (dua kali ganda dari gaji terakhir dulu......).
Masa 'tu ofis kat Plaza Pengkalan di Jalan Ipoh. Boss, Encik Raihan Teh- abang kepada Encik Kamal Teh (taukeh Zaiton Industri). Saya bekerja di bawah mendiang Mike Burney (Pengurus A & R). Sayangnya, artis-artis yang diambil oleh mendiang Mike Burney, semuanya sudah 'retired'. Heheheeee.......Masa 'tu orang tengah gila rock. Antara artis-artis yang dia ambil ialah Aman Shah, Razak Ahmad, Noor Kumalasari, kumpulan RAHSIA, dan VIKING.
Masa 'tu nak buat prmosi di radio, senang je. Dulu tak main CD, semua radio kena pakai piring hitam (LP). Setiap kali ada album baru keluar, saya hantar piring hitam 'tu ke seluruh radio stesen di seluruh Semenanjung. Dulu mana ada radio swasta. Jadi semua DJ tak banyak songeh. Tak macam sekarang, DJ radio swasta glamournya mengalahkan artis! Mak datuuuk!
Nama Noramin, Ainol Jamal, Zainal Din Zainal, Pak Din, Ebang, Mail Ibrahim, Noraini Ibnu, Chuari Selamat, Kak Gai (sekadar menyebut beberapa nama) - nama mereka besar giler 'tu. Tapi mereka tidaklah seglamour DJ radio swasta sekarang!
24 Oktober 2008
SAMAD LEFTHANDED 'BERSEMADILAH' ......
Allahyarham meninggal secara mengejut. Tak siapa sangka. Jam 12.00 tengah hari, Allahyarham dikatakan sempat telefon dan berbual-bual dengan Eddy Hamid, tahu-tahu sejam kemudian sudah meninggal. Terkedu sakan teman kita Eddy Hamid. Apalagi Awang BPR. Minggu lepas, dia sempat berhari raya ke rumah Allahyarham Samad, sempat bergurau senda. Malah kata Allahyarham, "minggu depan aku telefon kau. Ada projek." Tahu-tahu selepas Awang muncul dalam program Malaysia Hari Ini di TV3, jam 8.30 pagi bersama Nash dan Bagio, dia terima call yang mengatakan Samad meninggal. Macam tak percaya dibuatnya!
Kebetulan rumah saya dekat dengan rumah Awang, saya tumpang Awang menziarah jenazah yang masih berada di Hospital Ampang, Pandan Mewah. Sesampai di sana, saya lihat ada beberapa teman lain sudah kelihatan kelibatnya. Ada Datuk Aziz Sattar, Opie Bloodshed, Eddy Slam, Man Kidal, Big (ex Sony), Nash, Amir (soundman studio), Aub (bassist), Izan dan beberapa wajah yang tidak saya kenali. Tak lama kemudian muncul lagi teman-teman seperjuangan yang lain. Saleem, Hattan, Aris Ariwatan, Harun BPR, Nuar Botak, Eddy Hamid, Saari Amri, Bob Lokman, Awie Wings, Black Wings, Ly Baiduri, Cik gu Anuar Dahlan, Tom (drummer), Freddie Fernandez (Karyawan), Rosli Mohalim (Sweet Charity), Salman (Bassist), Stone (guitarist), Arab (Syed Azlan), Amran Omar, Beb, Shamsuddin Sidek dan ramai lagilah (maaf kerana tidak tulis nama anda di sini).
Bob Lokman, atas daya usahanya mengumpul dana daripada teman-teman buat meringankan beban keluarga Allahyarham Samad. Banyak juga collection yang Bob dapat kumpulkan. Malamnya, saya sempat SMS Datuk Seri Tony Fernandes (CEO Air Asia yang dulunya CEO Warner Music Malaysia) memberitahu pemergian Allahyarham Samad. Terkejut sakan juga Tony. Dia minta alamat rumah. Atas daya usaha Tony, album solo Allahyarham berjaya menembusi pasaran luar negeri.
Saya sempat melihat wajah Allahyarham - sebelum dimandikan dan sesudah dimandikan di bilik mandi mayat di Bahagian Forensik, Hospital. Hanya Al Fatihah yang mampu saya sedekahkan kepada Allahyarham. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa allahyarham dan diterima segala amalnya. Sesungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Sekali lagi - Al Fatihah.
14 Oktober 2008
KUALITI BERFIKIR ARTIS KITA!
03 Oktober 2008
MAS IDAYU - TOLAK LAGU INDON!!!
Program 'Fenomena Seni' masa 'tu ada Freddie Fernandez selaku Presiden Karyawan dan ada juga teman lama saya, sdr. Chuari Selamat (yang mewakili DJ......kononnyalah). Sebagaimana biasa program itu dihoskan oleh Rosyam Noor. Saya tak nampak suara sdr Chuari Selamat boleh membawa suara seluruh DJ lainnya kerana DJ di zaman sekarang tentunya tidak sama dengan DJ di zaman sdr Chuari dulu. Jauuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhh bezanya tuh.
Begitu juga dengan suara Mas Idayu. Apakah pemilihan Mas Idayu sebagai mewakili suara penyanyi Malaysia. Juga jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhh!!! Sebabnya, Mas Idayu seolah-olah 'hipokrit' apabila 'menolak' lagu-lagu Indon. Sedangkan lagu 'Bolehlah Boleh' diciptakan oleh pencipta Indon, walaupun liriknya saya sendiri yang tulis. Melodinya asli dari Indon.
Semasa sessi Press Conference Karyawan di PWTC, dua bulan yg lalu (kes 90 - 10lah!) Saya menyuarakan pandangan saya di majlis itu. Saya kata, kita kena ikut aturan. Kita ada wakil artis di parlimen iaitu Tan Sri Jins Shamsuddin. Kita pakat jumpa dia. Suruh dia menyuarakan hasrat kita tentang kebanjiran lagu-lagu Indon di parlimen. Lantas, Freddie bangun dan jawab: Tan Sri Jins Shamsuddin tak buat kerja! Saya jadi kaget juga dengan jawapan Freddie itu.
Sayangnya wartawan yang hadir tidak tulis pun pasal statement Freddie yang menolak Tan Sri Jins Shamsuddin. Saya telefon pengarang hiburan di Utusan Malaysia menyatakan hal itu, jawapan yang saya terima sama seperti Freddie...........Tan Sri Jins Shamsuddin tak buat kerja!!!
18 September 2008
5 ALBUM SIAP..... TERPERAP!
Dalam diam, rupa-rupanya saya sudah ada 5 album yang sudah siap rakaman. 1. Album Ilya & Hamdan (Ex Senario) yang berkonsepkan komedi. 2. Marakarma (pop rock) 3. Enuma (pop rock) 4. Ratu Panggung (4 artis dangdut: Haiza/Ani Mayuni/Dayang Suria/Nora Saini) dan 5. Kompilasi Hits Indo (koleksi band Indie dari Indonedia).
Kelima-lima album ini telah memakan biaya yang 'lumayan' berjumlah RM150,000.00. Sayangnya, dengan perkembangan teknologi semasa, penjualan kaset dan CD tidak lagi boleh dijual di kedai-kedai muzik. Perniagaan muzik harus ikut perkembangan teknologi. Jual melalui RBT (Ring back tone) atau ID Daller.
Jangan terkejut kalau dikatakan bahawa ada lagu yang boleh dijual sampai mencecah RM1juta. Album 'My Heart' edaran Warner Music mencecah RM1.3juta, hanya dengan ringtones sahaja. Sebab itulah Datuk A. Rahman Hassan berani mengeluarkan kenyataan bahawa industri hiburan tanahair boleh mencecah RM300juta setahun!!!
Saya pernah mengusulkan kepada presiden Persatuan Syarikat Rakaman Bumiputera supaya dapat mencari dana untuk membeli server sendiri bagi merebut dan ikut sama berbisnes muzik melalui ringtone ini. Sayangnya, persatuan tak ada dana!
Sayang seribu kali sayang......nampak gayanya 5 album saya yang sudah siap, kenalah 'perap'. Tak tahu bila boleh release.