29 Januari 2008

JOM RECORDING DI BANDUNG!!!


Anda berhajat mahu bikin rakaman di negara jiran, Indonesia? Itu juga gampang!!! Rakaman album di Indonesia, jauh lebih murah jika dibandingkan di negara kita. Hitungan pershift untuk pemakaian studio di Indonesia. Pershift setiap 6 jam dengan kadar sewa hanya RM150 hingga RM200 sahaja. Sebaliknya di negara kita hitungannya perjam untuk pemakaian studio.
Rakaman di Indonesia, bajet RM3,000 pun sudah cukup untuk rakaman dari awal, vokal dan juga mixing. Sebaliknya, kalau pemakaian studio di Kuala Lumpur, RM 8,000 pun belum tentu lagi cukup! Sambil-sambil itu, kita juga boleh mendapatkan lagu-lagu ciptaan komposer dari Indonesia! Bak kata pepatah.....sambil menyelam, minum air.

Jadilah Recording Artis

Mahu Jadi Artis Rakaman?

Mudah saja.....sekarang ramai orang bikin album dengan target 'cari makan'. Jangan harap anda akan dapat offer daripada syarikat rakaman. Mahu tidak mahu, sekiranya anda mahu memasuki dunia glamour ini, anda harus mengeluarkan modal sendiri.

Walau bagaimanapun, anda mestilah boleh menyanyi. Jangan cari pasal kalau anda memang tidak boleh menyanyi!!! Nanti anda akan menyusahkan penerbit anda.

Berapa modal yang diperlukan keluarkan untuk membuat rakaman album yang mengandungi 10 buah lagu? RM 40,000 atau RM 30,000 atau RM 20,000 atau berapa?

Tergantung berapa bajet atau modal yang anda punya. Bagaimana dengan studio rakaman? Studio mana yang lebih bagus. Kualitinya bagus. Dan yang paling penting......siapa komposer yang terlibat?

Mahu tahu lebih lanjut......kita jumpa lagi nanti. Atau anda boleh bertanyakan kepada saya melalui email: ruslanmamat@yahoo.com